Convocation Day (Diploma)

Bersawang nau nau dah blog ni. Sorry la, sibuk sikit sampai tak sempat nak update apa-apa kat blog ni. Cerita convo pun tak update. Disebabkan tak update dulu baru ni la nak qada' ceritanya kat blog.

Korang tahu dah kan aku ni ex-student diploma kat UiTM Pulau Pinang? Hahaha tak bermotif pergi tanya ajet la orang ingat kan. Lulz. Ok, since aku belajar sana so convo pun kat sana la cerita dia. Tarikh aku convo 8 Mei 2017. Sangatt la lambat tarikh tu dari tarikh aku habis diploma. Sabar je la. At least hakak dah convo uolls.

8 Mei tu kan hari Isnin, yang juga bermaksud hari ada kelas. Haaaa disebabkan majoriti kelas kita orang ( 3 ketul  dari Sarawak) makanya kami sepakat amek cuti untuk Isnin tu. Amek sekali cuti Selasa sebab ajaib sangat la nak terus gerak Puncak Alam Isnin lepas majlis convo tu kan? Dah la Rabu tu cuti. Memang kita orang tibai sampai hari Rabu la cerita dia.

Gerak pergi Pinang 6 Mei tu sebab nya raptai convo hari Ahad 7 Mei. Makanya kami pun datang la awal sehari. Tanpa booking hotel ya kawan-kawan. Hahahaha mesti korang boleh agak apa masalah kat sini kan? Yess tepat sekali, tempat tinggal la apa lagi. 

Padahal beberapa minggu before gerak tu kawan-kawan semua dah gelabah habis dah sebab hotel dah full. Sampai kepulau dorang book. Ye la, yang nak convo bukan kite orang yang 60 ketul ni je, ramai lagi budak lain sebenarnya. Dan saya beserta family dengan selesanya tak book mana-mana hotel untuk majlis tu. Aku sendiri pun tak pergi book sendiri sebelum pergi. Lepas tu nasib baik la ayah ada kawan kat sana and dia tu cikgu. Ada rumah kat sana. Fuhhhh selamat kita orang, ada juga tempat nak tidur. 

Untuk korang yang nak convo tu please make sure korang search mana-mana hotel yang terdekat and book siap-siap, baru tak gelabah teruks kalau tarikh dah dekat. Lain la kalau ada saudara mara kat sana, relaks sudahh.

Ok, settle bahagian tempat tinggal, esoknya raptai pulak. Sekali dengan ambil jubah convo la. masa tu baru jumpa geng-geng yang dah lama tak bersua muka ni. Mak aii, masing-masing pun! Apsal cantik sangat? Mencik kitee >_<

Lepas ambik jah, kita buat apa lagi? Haruslah ke dewan untuk raptai. Jangan lupa diri deknon lepas dapat jubah tuu. Kena tengok raptai takut karang esok kau silap step pulak. (Tak datang pun tak pe sebenarnya). Dah la kita orang ni masuk lambat, lepas tu tetiba kena panggil naik atas dewan tu. Ingatkan kenapa. Nak tanya kenapa lambat ke? Ecehh ajet ada VIP bebetul nak marah kite kann.

Rupa-rupanya nak kita orang berlakon as lecturers masa majlis tu. So kami-kami yang lewat ni jadi lecturer duduk seat paliiing depan sekali. Haaaa macam best kan? Seat depan sekali nampak paling jelas dekat dengan skrin. Jangan lupa, speaker pun dekat. Nasib je hakak tak jadi pekak. Huhuhu.


Habis raptai, apa lagii kita buat? Ambik gambar la kat depan board UiTM tu. Bukan yang depan guard tu, tu banyak sangat kereta lalu lalang. Payah nak ambik. Jadinya kita ambik kat dalam sudah. Banyak sangat gambar sebenarnya tapi ni je la kita up masuk blog. Hahaha.










8 Mei 2017

Pagi tu punyalah semangat bangun sebab nak pergi majlis convo kan? Heee berapa lama kita orang tunggu nak convo kot. Kasi la can nak excited sikit. Kalau semalamnya dah try jubah lepas tu duk ambik gambar entah berapa ratus kali , hari convo betul-betul ni semestinya lagiii banyak gambar akan dipenuhkan dalam handphone. 

 Tudiaaa suruh Akram ambikkan gambar sebelum masuk UiTM. Semangat nau! Tu pakai baju raya tahun lepas je, tak ada nya nak beli baju baru. Bazir je rasa. Pelik gak tengok kawan duk sibuk beli baju baru untuk convo, tapi lantak dorang la. Bukan selalu convo. Paling-paling 4 kali je kot seumur hidup kan? 

Sebab aku ni bukan la budak ANC jadi tak ada la selempang merah tu. Dapat AD pun sem 5 dan sem 6 je. Nasib sebab practical je agaknya tu. Jadilah tu nak merasa AD sikit.

Debar nak naik pentas jangan cakap la. Rasa takut terpeleot je atas pentas tu karang. Kita duk la tanya orang kat atas tu saya kena jalan dah ke ni? Sampai nama kena sebut pun aku tak gerak. Heee nasib tak lambat sangat geraknya kalau tak mahu kalut sensorang atas tu. Ok la lepas dapat 'sijil' tu jalan steady je and.... tetiba! Hampir sangat la terpeleot tu. Nasib sempat cover *cover peluh atas dahi*



Selapas beberapa bulan (skema nau ayat kau syira), baru la dapat gambar convo. Hurrmm basi betul rasa. Ceit! Geram rasa. Lepas tu, ada la dengar benda tak sedap. Ada orang kata dia dapat gambar orang lain. Nama dah jelas lelaki dengan 'BIN' tetiba gambar yang sampai gambar perempuan. Apakes? Nasib baik aku dapat gambar aku (Walaupun ada sikit tak puas hati dengan hardcopy pnya) Sabar je la. Harapnya lepas ni kontrak ambil gambar convo ni dapat kat orang yang elok sikit la. Jangan buat perangai hampeh gini. Kesian orang, naya je.

Tapi yang palin best mestilah gambar ambik sendiri. Hahahaha puas hati sebab cantik ,yang tak cantik semestiya dah kena delete, lupus teruihh~  (ok, tipu). Oh ya, bunga ada sebenarnya tapi ayah tertinggal dalam kereta.

 And satu lagiii ayat Sir Rajan masa first nampak aku hari tu " KENAPA MAKIN BULAT NI?"  

Tudung sir, tudung saya. :p






































Hahahahaha.. ok2, setakat tu je kot nak cerita. Esok kita cerita lain pulak deh. Kalau ada masa la. Padahal kalau nak diikutkan banyak je masa sebab tengah cuti sem kan? Hurmm malas nak matikan mood cuti, kita lanje gambar last ni. Heee jangan muram sudah! Post kali ni diakhiri dengan #akhirnyasyiraconvo. 







Comments

Popular Posts